1.7 Persia Menaklukan Yaman

Persia Menaklukan Yaman

Selepas Abrahah dan tenteranya dimusnahkan oleh Ababil, Yaman terus diperintah oleh anak-anak Abrahah sehingga ke zaman Masruq bin Abrahah. Ketika itu muncul seorang keturunan Tubba’ bernama Saif bin Abi Yazan. Dia ingin merampas kembali kerajaan Yaman dari penduduk Habsyah.

Saif Bin Abi Yazan meminta pertolongan Qaisar Rom. Tentulah Qaisar tidak bersetuju untuk memberi bantuan karena penduduk Habsyah beragama Nasrani, sedangkan Qaisar dan kerajaan Rom menganut agama Nasrani. Akibat kecewa dengan Qaisar, dia beralih pula kepada Raja Arab iaitu Raja Nukman bin Munzir, Raja kerajaan Manazirah. Malangnya Raja Nukman tidak berani menentang Kerajaan Habsyah yang jauh lebih kuat daripadanya.

Akhirnya Saif meminta bantuan dari Kisra Persia. Kisra Persia telah menghantar para narapidana dari penjara yang dipimpin oleh seorang panglima yang paling gagah membantu Saif bin Abi Yazan dan para pengikutnya. Mereka telah berjaya mengalahkan tentara Habsyah di Yaman dan Masruq bin Abrahah dibunuh oleh Panglima Persia ini.

Walaupun Saif berjaya menghalau orang Habsyah dari Yaman, tetapi kehendaknya masih belum tertunai. Persia pula memerintah mereka. Yaman telah diperintah oleh Gubenor yang dilantik oleh Kisra silih berganti bermula dengan Mirzaban kemudian Taibujan seterusnya sampai kepada Gubenor yang bernama Bazan.

Ketika Nabi Muhammmad saw ditabalkan menjadi Rasul dan mula berdakwah memperjuangkan Islam, Yaman ketika itu diperintah oleh Bazan. Bazan akhirnya menerima Islam selepas Rasulullah Muhammad saw berhijrah ke Madinah sebelum Futuh Mekah. Penduduk Yaman juga telah masuk Islam dengan Islamnya Bazan. Rasulullah saw telah mengekalkannya sebagai Gubenor Yaman hingga dia meninggal dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Motivasi dan Konsultasi