7.4 Najasyi Memeluk Islam

Najasyi Memeluk Islam

Apabila Sayidina Jaafar selesai membaca ayat-ayat itu, Najasyi terus bertakbir. Najasyi telah membenarkan apa yang diperkatakan oleh al-Quran tentang Nabi Isa as. Para penasihat Najasyi dari kalangan ulama’ Nasrani terkejut karena mereka meyakini bahwa Nabi Isa as adalah anak Tuhan. Najasyi melepaskan kembali orang Islam.

Selepas peristiwa itu, Najasyi selalu memanggil Sayidina Jaafar mengajarnya tentang Islam. Akhirnya Najasyi beriman kepada Rasulullah saw tetapi dia telah merahasiakan keislamannya. Para penasihatnya yang merupakan ulama Nasrani yang tidak senang dengan pendirian Najaysi terhadap Nabi Isa as telah berjaya mengumpulkan kekuatan untuk menggulingkan Najasyi. Berlakulah peperangan di antara tentera Najasyi dan pemberontak ini.

Peperangan itu berlaku di dekat dengan sebuah sungai. Ada riwayat mengatakan sungai itu adalah Sungai Nil. Orang Islam tinggal di seberang sungai. Dari jauh mereka dapat melihat peperangan itu tetapi mereka tidak mengetahui siapakah yang menang. Mereka telah mengirim Sayidina Zubair bin Awwam menyeberang sungai untuk memperhatikan peperangan itu. Sekiranya Najasyi menang, selamatlah orang Islam di Habsyah tetapi sekiranya Najasyi kalah, orang Islam di Habsyah akan menghadapi masalah. Alhamdulillah, Najasyi telah menang dalam peperangan itu. Para sahabat turut bergembira dan bersyukur di atas kemenangan ini.

Najasyi kekal di atas agama Islam sehingga dia meninggal dunia. Ketika Najasyi meninggal dunia, Malaikat Jibril datang memberitahu Rasulullah di Madinah. Baginda dan para sahabat melakukan sembahyang ghaib untuk Najasyi.

Imam Bukhari meriwayatkan satu hadis dari Sayidina Jabir, Sabda Rasulullah pada hari kematian Najasyi:

“Telah meninggal dunia pada hari ini seorang lelaki yang soleh maka bangun dan sembahyanglah ke atas saudara kamu, Ashamah (nama asli Najasyi).”

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Motivasi dan Konsultasi